Eco-Shop naikkan harga barangan bermula bulan depan

0
153
Kedai runcit Eco-Shop akan menaikkan harga barangan bermula 1 Disember

CYBERJAYA – Kedai runcit barangan rumah terkenal, Eco-Shop Malaysia mengumumkan akan menaikkan harga barangannya sebanyak 10 sen bermula 1 Disember ini.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, langkah itu diambil berikutan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, ia perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti.

Sehubungan itu, ia berkata harga jualan di rangkaian kedai Eco Shop akan berubah daripada RM2.10 kepada RM2.20 di Semenanjung dan RM2.30 kepada RM2.40 masing-masing di Langkawi, Sabah dan Sarawak.

“Kami amat mengesali dengan pengumuman ini dan berharap anda akan terus memberi sokongan kepada ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan terhadap kami. Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah.

“Ini menjadikan Eco-Shop dikenali dalam kalangan anda semua,” katanya.

Eco-Shop merupakan jenama yang menjual lebih 10,000 barangan keperluan dengan harga yang mampu milik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here