Elak berikan vaksin Moderna kepada golongan bawah 30 tahun – HAS

0
14

PARIS – Sebuah badan penasihat kesihatan menasihatkan golongan di bawah usia 30 tahun di Perancis tidak diberi vaksin Spikevax keluaran Moderna kerana berisiko mengalami masalah jantung.

Kata Reuters, nasihat itu dikeluarkan oleh Haute Autorite de Sante (HAS), sebuah institusi yang bertindak sebagai penasihat kepada sektor kesihatan negara itu, dan tidak mempunyai kuasa perundangan.

HAS berkata, penerima vaksin keluaran Moderna itu mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada penerima vaksin jenis lain untuk mengalami masalah myocarditis.

Data tersebut terkandung dalam beberapa jurnal ilmiah yang telah diterbitkan sebelum ini, dan terbaharu turut dimuatkan dalam satu kajian yang diterbitkan pada Isnin lepas.

“Kajian mendapati, penerima vaksin Spikevax yang berumur di bawah 30 tahun adalah lima kali ganda berisiko untuk mengalami masalah myocarditis daripada penerima vaksin Comirnaty,” kata HAS.

Sebelum ini, beberapa negara lain seperti Kanada, Finland dan Sweden yang sudah mengeluarkan nasihat yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here