Empat kertas siasatan dibuka terhadap pemborong ayam yang gagal turunkan harga

0
52
Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU – Empat kertas siasatan dibuka terhadap pemborong ayam di Terengganu atas kesalahan gagal menurunkan harga ayam seperti ditetapkan.

Kertas siasatan itu dibuka oleh Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu ketika operasi kementerian terbabit.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Kia, berkata harga maksimum ayam yang diperiksa ialah RM10.50 sen sekilogram, manakala harga minimum ditetapkan RM8.80 sen sekilogram.

“Empat kertas siasatan itu dibuka ke atas pemborong ayam atas kegagalan menurunkan harga pada paras ditetapkan.

“KPDNHEP juga mengeluarkan sebanyak 47 notis Pengesahan Maklumat Barangan kepada peniaga ayam di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan.

Saharuddin berkata, sebanyak 41 peniaga peringkat borong dan runcit diberikan surat pemberitahuan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

“Pemborong dan peniaga berkenaan juga diminta untuk menurunkan harga jualan ayam seperti ditetapkan.

Mengulas mengenai kenaikan harga sayur, Saharuddin berkata, kenaikan harga sayur-sayuran bersifat sementara dan dijangka turun semula selepas cuaca bertambah baik.

Katanya, kenaikan harga sayur disebabkan cuaca yang memberi kesan kepada kekurangan bekalan dan kerosakan hasil pertanian serta faktor tambahan kos baja.

“Hasil pemantauan kami, bukan semua pasar awam dan pasar raya menaikkan harga sayur. Masih terdapat peniaga menjualnya dengan harga murah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here