Farzana Hayani calon termuda PRN Melaka

0
317
Farhana Hayani Mohd Nasir mendapat kepercayaan Pakatan Harapan untuk bertanidng di DUN Sungai Rambai

MELAKA – Pada usia 21 tahun, mungkin ramai anak muda diluar sana masih berada di alam pengajian ataupun mula berjinak-jinak dalam alam pekerjaan.

Namun siapa sangka pada usia 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah melangkah ke kancah politik dengan menjadi calon pads Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Farzana Hayani masih belum tamat pengajian dan kini merupakan maha Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam.

Beliau yang juga merupakan pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau adalah Ketua Srikandi Keadilan Melaka.

Mungkin ramai yang terkejut apabila beliau diumumkan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Sungai Rambai dan berdepan dengan tiga lagi calon.

Farhana Hayani akan berdepan Muhammad Jefri Safry (Perikatan Nasional), Nazatul Asyraf Md Dom (Putra) dan Siti Faizah Abdul Azis (Barisan Nasional).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari sebelum ini berpendapat Farzana Hayani mempunyai potensi besar untuk masa depan Melaka.

Menurut Adly, mahasiswi UiTM tersebut banyak terlibat dalam pelbagai program PH menjelang PRU-14 dan sangat aktif bersama parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here