Fun-ride Cyberjaya tawar pelbagai hadiah menarik

0
35
Kombat The Pilgrims selaku penganjur CBJ yang akan berlangsung di Malakat Mall, Sabtu ini.

CYBERJAYA – Sempena penganjuran Cybertron BMX Jam (CBJ) yang akan berlangsung di Malakat Mall pada hujung minggu ini, peminat-peminat basikal khususnya sekitar Lembah Klang dipelawa menyertai acara fun-ride mengelilingi Cyberjaya.

Penganjur CBJ, Kombat berkata, acara kayuhan sejauh 12 kilometer (KM) ini akan diadakan pada hari kedua CBJ iaitu Ahad (28 November).

“Kayuhan fun ride ini akan berlepas dari pekarangan Malakat Mall pada pukul 8 pagi dan dijangka tamat pada 10 pagi.

“Peserta diminta berkumpul di lokasi permulaan pada pukul 7.30 pagi dan kayuhan akan diiringi marshall untuk memastikan keselamatan peserta,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Norul Rafidi berkata, acara itu adalah sebahagian daripada kemeriahan penganjuran CBJ yang pertama kali dianjurkan bersama Malakat Mall.

“Kita mempelawa semua peminat basikal tidak kira apa jenis basikal sama ada fixxie, folding bike, mountain bike, road bike atau basikal tua sekali pun.

“Matlamat ini adalah untuk menyatukan komuniti basikal dalam satu acara. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk acara ini,” katanya.

Menariknya kata Kombat, pihaknya menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah khas bagi acara fun-ride dan juga peluang memenangi hadiah utama berupa sebuah basikal BMX jenama Kuwahara (pameran) berharga RM5,000.

Kombat (dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjuran CBJ yang akan berlangsung di Malakat Mall, Sabtu ini.

“Untuk layak dalam cabutan bertuah ini, peserta perlu mendapatkan satu pass berupa goodie bag berharga RM70 dari penganjur.

Bermula Sabtu ini, pelbagai acara disediakan penganjur antaranya pertandingan BMX flatland dan freestyle, pertandingan basikal vintage dan cantik, acara pump trek BMX, gerai jualan barangan basikal dan persembahan busking.

Kombat berkata, orang ramai juga perpeluang menghabiskan masa bermasa keluarga melalui pelbagai acara seperti pony-ride, petting zoo dan persembahan akustik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here