Gambar resit sotong Apollo RM100 ditular individu lain

0
65
Resit hidangan nasi kandar berlauk sotong goreng yang dikenakan harga RM106.60 oleh Restoran Hameediyah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

CYBERJAYA – Selepas tular gambar resit sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang yang meletakkan harga RM100 bagi dua ekor sotong goreng Apollo, pelanggan yang merupakan pemilik asal resit berkenaan tampil membuat pengakuan.

Dalam hantaran yang dikongsi oleh laman Facebook Hameediyah Restaurant, pelanggan berkenaan didakwa berkata, gambar resit restoran yang dikongsi melalui akaun Instagramnya telah dimanipulasi oleh individu tertentu untuk tujuan viral.

Menurut kenyataan itu, dia sekeluarga tidak berniat untuk menviralkan perkara itu kerana sudah tahu dan pernah menikmati dan membayar hidangan yang sama di restoran berkenaan.

“Pada jam lebih kurang 5 petang ( 23/11/2021 ), saya pergi ke restoran berkenaan untuk membeli makanan, saya dan pasangan telah mengambil 2 ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor.

“Saya juga melihat owner restoran key in harga tersebut, dan saya tidak membantah untuk harga tersebut kerana sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama, jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan kerana sama dengan sebelum ini,” katanya.

Menurut lelaki itu, gambar yang dimuat naik di Instagram bagaimanapun telah di’screenshot’ dan digunakan dalam satu hantaran lain dan akhirnya menjadi tular.

“Ada pihak yang ” screenshot ” posting berkenaan dan memuat naik di laman facebook beliau serta tag lebih kurang 70 orang dengan caption ” Hati-hati kawan2..yg mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai RM100,” katanya menjelaskan hantaran tular di Facebook.

Gambar hiasan Sotong Goreng Apollo : Beautiful Nara

Mengulas mengenai harga yang dikenakan, lelaki itu sendiri mengakui harga yang dikenakan adalah berpatutan kerana saiz sotong yang besar.

Justeru, dia berharap penjelasannya mengenai gambar yang telah tular tersebut dapat memberi gambaran sebenar dan mengelak salah faham yang timbul.

“Saya juga ingin memohon maaf dia atas kesalahan pihak saya, dan orang yang viralkan posting berkenaan , saya harap orang ramai jelas dengan isu ini . Terima Kasih,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here