Gardenia naikkan harga roti

0
42
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Harga runcit bagi pelbagai produk roti dan ban Gardenia akan dinaikkan mulai 1 Disember.

Harga baharu Gardenia Original Classic 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.50), Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.

Dalam surat bertarikh 25 Nov kepada peruncit, syarikat itu berkata, semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Sementara itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan setelah menerima maklumbalas pihak Gardenia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here