Giliran Yahoo keluar dari China

0
83
GAMBAR HIASAN.

NEW YORK– Selepas Google menarik diri dari pasaran China, syarikat penyedia perkhidmatan Internet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Yahoo mengumumkan mengambil langkah yang sama.

Tindakan itu menurut Yahoo berikutan persekitaran perniagaan dan perundangan yang semakin mencabar oleh kerajaan negara itu terutama kepada syarikat luar negara.

Yahoo dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu tidak lagi dapat diakses di tanah besar China mulai 1 November, menurut Agensi Anadolu.

Pada Ogos lalu, China menetapkan kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun hanya boleh bermain selama tiga jam seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pada bulan lalu platform Linkedln yang dimiliki Microsoft telah menyatakan pihaknya akan menghentikan operasinya kerana dikenakan syarat-syarat pematuhan yang lebih ketat.

Google telah menarik diri daripada beroperasi di Cina pada tahun 2010 manakala Facebook dan juga Twitter terus disekat beroperasi sejak lebih sedekad yang lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here