Hanya BN pilihan terbaik untuk tadbir Melaka

0
36
Datuk Norshida Ibrahim

MELAKA-Wanita UMNO menyeru agar pengundi Melaka memilih logo “Dacing” dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk membawa negeri Melaka terus menuju puncak kejayaan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, pengundi Melaka perlu membuat pilihan tepat bagi mengelak perkara seperti selepas PRU-14 berulang.

“Jangan kita tersilap pilih seperti sebelum ini dan jelas ketidakstabilan negeri Melaka membawa kemunduran kepada Negeri Melaka.

“Episod lalu banyak mengajar rakyat negeri Melaka bahawa sememangnya manifesto mereka hanyalah retorik dan menipu rakyat

“Janganlah kita mudah ditipu dengan pembohongan mereka dan pada kali ini, kuasa ditangan kita untuk memilih Barisal Nasional,” katanya.

Menurut Norshida, para pengundi bertekad untuk memangkah logo ‘dacing’ bagi memastikaan nasib rakyat Melaka dan generasi masa depan anak-anak Melaka terbela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here