Hanya penerima dos penggalak dikategori sebagai penerima lengkap vaksinasi?

0
129
KHAIRY JAMALUDIN

CYBERJAYA – Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan hanya individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 akan dikategorikan sebagai penerima lengkap vaksinasi.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, perkara itu sedang dipertimbangkan berikutan kewujudan risiko gelombang baharu seperti kemunculan varian Omicron, penurunan efikasi vaksin dalam badan penerima, serta tahap kesedaran rakyat yang semakin leka dan alpa.

Beliau berkata, perkata itu akan diputuskan selepas Malaysia melihat dan menilai pengalaman negara-negara lain yang telah melaksanakan langkah tersebut.

“Soalan dia, sama ada kita akan buat keputusan, kalau tidak ambil dos penggalak kira tak lengkap?

“Kita sedang kaji pengalaman di negara lain, ada negara yang buat keputusan bahawa dos penggalak ini diperlukan untuk seseorang dikategorikan sebagai penerima dos lengkap, atau penerima vaksinasi lengkap.

“Kalau kita dapati kes meningkat, dan kemasukan ke hospital meningkat, disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak, dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap itu penerima series primer, dan dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan yang sama.

“Tapi belum lagi,” kata Khairy Jamaludin ketika muncul dalam program Agenda Awani – Dos Penggalak Sebagai Perisai yang disiarkan malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here