[VIDEO] Hubungan dagang Malaysia-Indonesia dijangka pulih segera

0
36
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono

KUALA LUMPUR – Hubungan dagang antara Malaysia dan Indonesia yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dijangka pulih segera berikutan tindakan pemain industri yang agresif memulihkan hubungan dua hala itu.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, beliau optimis dengan pemulihan tersebut berdasarkan keadaan ekonomi kedua-dua negara semakin memulih.

Hubungan dagang Malaysia-Indonesia dijangka pulih segera

“Kita akui memang selama ini hubungan antara Malaysia dengan Indonesia terjejas dan ada penurunan.

“Namun, tahun 2021 menunjukkan kadar pemulihan yang amat cepat, dan saya optimis pemulihan ini akan berterusan pada masa akan datang, kata Hermono.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono

Hermono berkata demikian dalam satu temubual bersama Malakat Tribune selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dan penerimaan suratcara perniagaan di antara 15 syarikat Malaysia dengan Indonesia di Kedutaan Republik Indonesia di sini, hari ini.

Kumpulan Malakat Eco yang diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Syaraff al Sadat merupakan salah satu daripada syarikat tempatan yang turut sama hadir dalam majlis berkenaan.

Berdasarkan data Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), nilai import eksport antara Malaysia dan Indonesia mencatat jumlah sebanyak RM48.73 bilion di antara Januari hingga September 2020.

Bagaimanapun, nilai tersebut mencatat kenaikan hingga RM66.21 bilion pada tahun 2021 bagi tempoh yang sama.

“Ekonomi kedua-dua negara sudah melihatkan pemulihan yang cukup menggembirakan, dan saya yakin pemulihan ini tidak akan mengambil masa yang terlalu lama,” kata Hermono lagi.

Sheikh Faleigh selepas menandatangani dokumen pada majlis di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono (dua, kanan).

Sementara itu, menurut Pengarah Yayasan Futurist Indonesia, Sheikh Faleigh Sheikh Mansor, pihaknya menyambut baik pemulihan dagangan dua hala ini kerana ini memberikan peluang kepada para pembuat dan peniaga kedua-dua negara untuk memasarkan produk mereka dengan lebih agresif.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Kumpulan Malakat Eco dalam memasarkan produk Indonesia bagi menembusi pasaran Malaysia.

“Kami yakin kerjasama ini akan semakin kukuh pada masa akan datang apabila kami dan Malakat Eco akan turut sama membawa produk Malaysia bagi menembusi pasaran Indonesia pula,” kata Sheikh Faleigh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here