Imam Besar Al-Azhar selar cadangan satukan agama Islam, Kristian dan Yahudi

0
1189
Sheikh Ahmed Al-Tayeeb

KAHERAH – Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Al-Tayeeb berkata, cadangan supaya agama Islam, Kristian dan Yahudi digabungkan di bawah satu agama Abrahamism atau ‘agama Ibrahim’ adalah bertentangan dengan kebebasan beragama.

Beliau berkata, seruan itu sama seperti seruan globalisasi dan etika global, dan kelihatan seperti menyatukan manusia dan menamatkan konflik.

“Hakikatnya, cadangan ini menyekat kebebasan dalam anutan agama,” kata Sheikh Ahmed dalam satu majlis meraikan ulang tahun Institusi Hubungan Islam-Coptic di sini, semalam.

“Ini adalah berdasarkan kepercayaan dalam anutan kita bahawa adalah mustahil untuk semua manusia menganuti hanya satu agama, disebabkan oleh perbezaan kefahaman, mentaliti dan juga bahasa.

“Semua ini adalah fakta sejarah, dan fakta tersebut turut terkandung dalam Al-Quran,” katanya lagi.

Sheikh Ahmed merupakan penyokong kuat dialog antara agama, dan pada 2019, beliau bersama Pope Francis telah menandatangani Dokumen Fraterniti Kemanusiaan yang turut dikenali sebagai Deklarasi Abu Dhabi yang mementingkan toleransi, keamanan dan kebebasan beragama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here