Imigresen serbu tahan 8 warga Nigeria

0
87
Tujuh daripada 8 warga Nigeria yang ditahan pihak berkuasa JIM semalam.

CYBERJAYA – Selepas aduan daripada penduduk, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua lokasi penempatan warga Nigeria di sekitar Cyberjaya dan Puchong, malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 9 malam itu, pihak berkuasa menahan 8 orang pendatang warga asing tanpa izin (PATI) warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan dilakukan daripada maklumat orang ramai yang mengadu kurang senang dengan masalah sosial dalam kalangan warga Afrika itu.

“Dalam operasi itu, sebanyak 30 anggota daripada penguat kuasa Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dikerahkan.

“Mereka ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, dalam operasi itu, beberapa anggota juga dilaporkan tercedera selepas bergelut dengan PATI yang enggan memberi kerjsama.

Jelasnya lagi, semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih di Selangor untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here