Indonesia larang penjawat awam, pekerja syarikat milik kerajaan ambil cuti Tahun Baharu

0
32

JAKARTA – Indonesia mengeluarkan larangan kepada penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta dimiliki kerajaan daripada mengambil cuti sempena sambutan Hari Krismas serta Tahun Baharu sebagai langkah awal bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Akhbar The Straits Times melaporkan, arahan itu berkuatkuasa terhadap sekitar 4.2 juta penjawat awam dan dua juta pekerja syarikat dimiliki kerajaan serta banyak lagi firma swasta lain.

Malah, sebarang aktiviti kesenian, kebudayaan dan sukan juga tidak dibenarkan antara 24 Disember sehingga 2 Januari depan, menurut pekeliling dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Tempatan semalam.

Arahan sama turut merangkumi penutupan kesemua dataran pada 31 Disember sehingga 1 Januari depan.

Angka jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara Asia Tenggara yang memiliki ramai penduduk itu menunjukkan penurunan.

Berdasarkan laporan mobiliti komuniti Covid-19 dijalankan Google menunjukkan lebih ramai orang sekarang ini pergi ke tempat seperti restoran dan kompleks membeli-belah berbanding sebelum pandemik berlaku.

Indonesia sentiasa berwaspada antara memberikan sokongan bagi menyokong momentum untuk pemulihan ekonomi memandangkan negara itu membuka semula sempadannya dan menarik beberapa sekatan pergerakan serta perniagaan, supaya kes jangkitan Covid-19 tidak melonjak semula.

Kes jangkitan selalu meningkat mendadak selepas cuti sambutan perayaan lalu termasuk sambutan Hari Raya pada Mei, apabila jutaan orang mengabaikan arahan pihak berkuasa dan ada yang bertindak melakukan perjalanan sekitar negara kepulauan besar itu.

Dianggarkan sekitar 2.2 juta orang melakukan perjalanan di luar Greater Jakarta, menyaksikan ia adalah penyumbang terbesar pergerakan orang.

Jumlah jangkitan dan kematian melonjak selepas cuti, dengan hospital dan petugas kesihatan terpaksa mengerah kudrat serta kadar penggunaan oksigen berdepan kekurangan teruk.

“Persediaan sedang dijalankan untuk mengawal sambutan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu berdasarkan protokol tahap 3 PPKM,” kata jurucakap polis negara, Brigadier Jeneral, Rusdi Hartono yang merujuk kepada tahap kedua tertinggi daripada empat protokol sekatan pergerakan.

Di bawah tahap tiga, restoran, kafe dan tempat ibadat dibuka untuk kapasiti 50 peratus.

Sekatan tambahan dikenakan terhadap perjalanan mungkin sehingga musim cuti akan datang, kata kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here