Iqra Read Bookstores anjur bual bicara bersama 3 novelis PorengKertas

0
57
Norden Mohamed menunjukkan novel-novel nukilan 3 penulis PorengKertas.

CYBERJAYA – Kaki-kaki novel khususnya peminat naskah terbitan PorengKertas dipelawa mengikuti sesi Live bersama tiga novelis syarikat penerbitan itu menerusi program Bicara Buku Bersama Iqra Read pada Ahad ini.

Pengurus Iqra Read Bookstores, Norden Mohamed berkata, program bual bicara bersama Dhiya Zafira, Hezzy Azra dan Lynn Dayana itu memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini mengenai penulis.

Menurut Norden, sebelum ini pihaknya telah menyiarkan sesi rakaman bersama beberapa orang penulis seperti Hezzy Azra, Puteri Andalas dan Nasrullah Amran dan mendapat maklum balas yang cukup baik.

Rentetan daripada itu katanya, Iqra Read ‘menyahut’ permintaan pelanggan untuk menganjurkan sesi bual bicara secara ‘Live’ bagi memeriahkan aktiviti komuniti buku tempatan.

“Kali ini Iqra Read menjemput tiga orang novelis yang semakin menempa nama untuk berkongsi perkembangan terbaharu mereka dalam dunia penulisan.

“Siaran Live ini akan memberi peluang kepada pelayar untuk bertanyakan soalan kepada novelis selain mendapatkan potongan harga sehingga 15 peratus bagi buku terbitan syarikat itu,” katanya kepada Malakat Tribune.

Novel-novel terbitan PorengKertas.

Norden Mohamed

Norden berkata, peluang yang sama juga boleh digunakan peminat untuk ‘mengemaskini’ semula karya-karya bacaan yang sedang hangat di pasaran selepas sekian lama terkurung akibat pandemik Covid-19.

“Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kami dalam sesi bicara yang akan disiarkan pada 14 November (Ahad) bermula pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

“Siaran Live ini boleh dilayari dari laman Facebook Iqra Read, Malakat Mall dan PorengKertas,” katanya.

Beliau berkata, Iqra Read yang beroperasi di Malakat Mall Cyberjaya kini menawarkan lebih 2,000 judul buku daripada lebih 30 penerbit seperti Galeri Ilmu, PTS Publication, Hijjaz Publication, Ana Muslim, Gempaq Starz dan Grup Buku Karangkraf.

Iqra Read juga menyediakan pembelian secara dalam talian ke seluruh negara. Layari laman https://www.facebook.com/iqrareadbookstores untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here