Israel rancak culik penduduk Palestin

0
43
Tentera negara haram Israel melakukan pencerobohan di kediaman penduduk Palestin.

RAMALLAH – Penindasan terhadap penduduk Palestin oleh tentera pengganas Israel semakin berleluasa termasuk dengan melakukan serangan dan penculikan orang awam.

Terbaharu, media tempatan melaporkan 17 orang rakyat Palestin termasuk seorang pensyarah universiti berpangkat professor dan dua petugas media menjadi mangsa penculikan tentera negara haram tersebut.

Di Hebron, pasukan tentera Israel menceroboh dan menggeledah kediaman milik pensyarah Universiti Hebron, Huthayfa Jabari dan menculiknya tanpa alasan kukuh.

Manakala di perkampungan Ni’lin, lima penduduk termasuk dua bekas banduan diculik selepas pencerobohan tentera Zionis.

Media tempatan melaporkan, tentera berkenaan mengepung beberapa rumah dan bertindak ganas dengan menendang pintu selain menggeladah kediaman berkenaan.

Puluhan remaja juga ditahan dan diugut akan berdepan dengan kekerasan sekiranya mereka terus memprotes, kesemua remaja tidak bersalah itu dibawa ke pangkalan tentera.

Keganasan berterusan sejak awal tahun lalu dan tertumpu untuk menghentikan pembinaan penempatan Israel di beberapa kawasan.

Keganasan semakin memuncak sejak apabila Israel menceroboh tanah di kawasan pergunungan al-Alem untuk pembinaan penempatan tentera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here