Isu jual beli pemain, Juventus berdepan hukuman diturunkan divisyen liga

0
17
Presiden Juventus FC, Andrea Agnelli

TURIN – Pasukan bola sepak Juventus berdepan hukuman dilucutkan gelaran juara Liga Serie A musim 2020 dan diturunkan ke Serie B sekiranya didapati bersalah dalam siasatan urusniaga pemain dan bayaran agen di antara 2019 hingga 2021.

Pihak berkuasa Itali telah membuka kertas siasatan terhadap kelab tersebut.

Difahamkan, presiden kelab, Andrea Agnelli dan timbalannya, Pavel Nedved turut dinamakan dalam kertas siasatan itu bersama empat individu lain.

Semalam, pihak berkuasa turut merampas dokumen berkaitan perpindahan pemain, invois dan penyata kira-kira dari pejabat kelab bola sepak itu di Turin dan Milan.

“Anggota polis Turin dari Bahagian Siasatan Ekonomi dan Kewangan telah diarahkan mencari dokumen dan bahan berkaitan penyata kira-kira yang diluluskan antara tahun 2019 dan 2020, yang melibatkan jual beli pemain,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.

“Kami perlu meneliti kesemua dokumen dalam urusniaga itu bagi memastikan tiada sebarang unsur jenayah seperti pengeluaran invois palsu yang menguntungkan pihak tertentu, berlaku,” kata kenyataan itu lagi.

Akhbar Gazzetta dello Sport mendakwa, sebanyak 42 urusniaga jual beli pemain sedang disiasat, melibatkan pemain antaranya Joao Cancelo, Arthur, Danilo dan Miralem Pjanic.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here