Isu tolak calon Bemban dan Gadek selesai-Ahmad Maslan

0
76
Datuk Seri Ahmad Maslan

MELAKA- Isu penolakan calon oleh akar umbi Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dan Gadek telah diselesaikan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara berkenaan dapat diselesaikan hanya dalam tempoh singkat iaitu selama dua hari selepas penamaan calon.

Ahmad berkata, perkara itu selesai setelah beliau menjelaskan kepada jentera mengapa kerusi tersebut diberikan kepada MIC dan MCA.

Justeru Ahmad berkata, beliau meletakkan harapan yang begitu tinggi melihat BN memenangi kedua-dua kerusi DUN berkenaan.

“Saya berharap kerusi DUN Bemban dan Gadek boleh dimenangi kerana ada usaha supaya dikembalikan kepada UMNO, namun penjelasan kepada jentera telah selesai dibuat.

“Mula-mula itu ada rasa tidak puas hati, tapi rasa tidak puas hati itu tamat dua hari selepas penamaan calon,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyarankan jentera BN agar memanfaatkan secara maksimum medan mesyuarat dan taklimat sebagai platform berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here