Jadual baharu SPM akan dikeluarkan dalam masa terdekat – Radzi

0
32
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas mendapat pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihakanya mengambil maklum berhubung isu yang timbul dan akan mengambil kira semua padangan yang diberikan.

“Kami mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan saya telah duduk berbincang dengan Lembaga Peperiksaan dan pengurusan tertinggi KPM untuk melihat semua pandangan diberikan dan mengambil tindakan sewajarnya menganalisis satu persatu pandangan yang diberikan itu.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu SPM 2021 dalam masa terdekat,” katanya dalam satu hantaran video menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Jadual yang dikeluarkan oleh KPM Khamis lalu mengundang pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Ia berikutan ada tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu, jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here