Jangan hanya tahu salahkan UMNO sahaja

0
27
Pengajaran selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan pedoman dalam mengekalkan kestabilan politik di Melaka.

MELAKA- Rakyat diharap tidak menunding jari kepada UMNO semata-mata dalam kemelut politik yang berlaku selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Calon Barisan Nasional (BN) di DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perkara berkenaan perlu dilihat dalam pelbagai sudut kerana turut membabitkan ahli politik parti lain.

Sulaiman turut mengakui, pembubaran DUN Melaka sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada pelbagai sektor di Melaka dan juga rakyat negeri itu sendiri.

“Ketika baru sahaja nak mulakan kembali sektor ekonomi, kita baru nak bangkit dan rakyat baru nak dapat cari makan, kita baru nak masuk Pelan Pemulihan Negera Keempat, ‘u think that i nak bubarkan (DUN)?

“Saya tahu mungkin rakyat akan marah nanti. Saya kata, akibat sesetengah ahli politik ini, dialah sebenarnya yang tidak memikirkan rakyat dan mereka tidak menghormati CSA yang telah ditandatangani

“Kalau setakat dua orang yang keluar, kita masih mampu kekalkan kerajaan negeri. Tidak akan ada berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN). Jadi jangan ‘pin point’ kepada UMNO sahaja, yang Bersatu pun ada juga dalam tu, yang bebas pun ada,” katanya kepada media.

Menurut Sulaiman, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai dan membuat pilihan yang tepat bagi menentukan hala tuju dan corak pentadbiran kerajaan negeri selepas PRN Melaka nanti.

Selain itu katanya, pengajaran selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan pedoman dalam mengekalkan kestabilan politik di Melaka.

“Mahu tak mahu, supaya untuk mendapatkan kembali kerajaan yang stabil, saya pulangkan kembali kuasa ini kepada rakyat. Rakyatlah yang berkuasa, pilihlah kerajaan yang betul-betul yang boleh mentadbir dan menguruskan Melaka.

“Jangan diulangi kesilapan-kesilapan yang sebelum ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here