Jerebu toksik selimuti New Delhi

0
93
Keadaan jerebu yang melanda New Delhi, hari ini.

NEW DELHI – Keadaan udara di bandar raya ini dianggap sebagai ‘amat tidak sihat’ apabila diselubungi kabut toksik berikutan pelanggaran larangan pembakaran bunga api ketika musim Deepavali.

Menurut Reuters, Indeks Kualiti Udara (AQI) bandar raya itu kini adalah 456 daripada tahap maksimum 500, dan mampu menjejaskan kesihatan individu dan mendatang kemudaratan kepada individu yang mempunyai masalah respiratori.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh para petani di kawasan pertanian di sekeliling bandar raya itu.

“Agak sukar tinggal di New Delhi lagi disebabkan pencemaran.

“Kami terpaksa menghidu asap setiap hari. Media akan menyiarkannya, manakala para pemimpin berjanji akan menyelesaikannya.

“Ia akan pergi, tapi datang semula tahun hadapan,” kata satu ciapan seorang penduduk, Pratyush Singh.

Menurut Kementerian Sains Bumi, berdasarkan pemantauan melalui sistem SAFAR, keadaan dijangka sedikit pulih dalam beberapa hari lagi.

“Bagaimanapun, kadar AQI akan mengambil lebih masa untuk pulih sepenuhnya berikutan faktor cuaca,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here