Jualan Keluarga Malaysia bermula Sabtu ini, 15-20% lebih murah

0
38
Datuk Seri Alaxander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia bermula Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Alaxander Nanta Linggi, berkata, program jualan itu menawarkan harga jualan 15 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Alaxander berkata, program jualan tersebut akan dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 222 kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan.

“Kerajaan akan memastikan harga jualan barangan yang ditawarkan adalah 15 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

“Kementerian sudah mendapat kerjasama agensi dan jabatan kerajaan lain bagi memastikan jualan barangan keperluan asas pengguna ini sampai kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi  menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan peruntukan bantuan berjumlah RM262 juta bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here