Kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat – Khairy Jamaludin

0
60
KHAIRY JAMALUDIN

CYBERJAYA – Kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kata beliau, kebanyakan kes melibatkan warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa virus pulang ke rumah.

“(Oleh itu) Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Berdasarkan data yang dimuatnaik di laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital adalah sebanyak 5,431, dengan jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 541.

Kes di ICU membabitkan 274 pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan, dengan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kadar penggunaan katil paling tinggi ialah di negeri Terengganu sebanyak 85.9 peratus, diikuti Kelantan 83.3 peratus, Melaka 81.2 peratus, Kedah 74.9 peratus, Labuan 74.5 peratus dan Johor 73.8 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here