Kakitangan KPM paling ramai belum divaksin

0
42
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Penjawat awam di Kementerian Pendidikan (KPM) dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Memerik laporan Bernama, tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika ini masih mengemas kini data penjawat awam yang belum divaksinasi dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, JPA sedang memadankan data mereka yang belum divaksinasi menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan aplikasi MySejahtera daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setakat hari ini, data sedang dikemas kini dan JPA akan padankan balik apakah alasan yang diberikan untuk mereka dikecualikan daripada vaksinasi.

“Alasan yang diberikan ini kemudiannya akan dirujuk oleh setiap ketua jabatan… jadi ketua jabatan perlu turun ke bawah melihat dan memahami apa alasan yang diberikan untuk tidak divaksinasi,” katanya selepas Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di Putrajaya hari ini.

JPA dalam pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 November, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here