Kalendar persekolahan tahun depan bermula 21 Mac

0
35
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan menetapkan kalendar akademik bagi sesi tahun hadapan di seluruh negara akan bermula pada 21 Mac 2022.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi negeri yang berada dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi itu akan berakhir pada 11 Mac 2023.

“Bagi Negeri Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga 12 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022
Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022
Kalendar akademik sesi 2022/2023
Kalendar akademik sesi 2022/2023
Cuti perayaan sesi 2022/2023

Dalam pada itu, Radzi berkata, bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022, ia akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi Negeri Kumpulan A.

“Bagi negeri Kumpulan B pula akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022,” katanya.

Beliau berkata, maklumat mengenai sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here