Kanak-kanak perempuan maut jatuh kondominium ketika ditinggalkan sendirian

0
46

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium Jalan Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, mayat mangsa ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium di tingkat 8 selepas bapa mangsa melaporkan kehilangan anaknya.

Katanya, polis menerima maklumat daripada Mers 999 pada pukul 2.49 petang mengenai kemalangan yang menimpa kanak-kanak malang tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya yang keluar untuk membeli barang.

“Bapa mangsa pulang ke rumah, mendapati anaknya tiada di dalam rumah dan kemudian meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari anaknya.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik berkenaan, yang tidak mempunyai jeriji,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Selayang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here