Keberkesanan dos lama menurun, KKM gesa ambil dos penggalak

0
125
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Penggunaan dos penggalak dari vaksin Pfizer untuk bekas penerima dos Sinovac dan jenis-jenis lain terbukti berkesan sehingga 95 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos penggalak yang berbeza daripada dos asal tidak perlu dikhuatiri kerana terbukti berkesan di banyak negara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan individu yang telah mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 supaya hadir untuk mendapatkan suntikan kerana keberkesanan suntikan lengkap akan menurun selepas beberapa bulan.

“Keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan. Sebab itu PICK memberi dos penggalak,” katanya melalui Twitternya hari ini.

Menurut Khairy, pemberian dos penggalak penting sebagai strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial dan untuk memastikan perlindungan kepada virus itu berada pada tahap yang selamat.

Katanya, buat masa ini vaksin Pfizer-Biontech telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

“Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac keberkesanan sehingga 95 peratus.

“Kami juga sedang menilai kombinasi lain, untuk keselamatan dan keberkesanan dan akan mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang,” jelasnya.

Infografik dikongsikan KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here