Kedah henti lesen premis judi bermula tahun depan

0
76
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Bermula tahun hadapan tiada lagi lesen premis perjudian baharu akan dikeluarkan oleh semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, minggu lepas.

“Untuk kita mewujudkan Kedah bebas judi dimana kita sedia maklum dan diakui oleh semua pihakla bahawa perjudian adalah punca kepada banyak kerosakan dan keruntuhan tamadun khsusnya keruntuhan institusi keluarga, ramai orang yang terlibat dengan perjudian ni akan dibelenggu hutang dan menimbulkan ketidakamanan dalam kalangan keluarga dan porak peranda masyarakat kita.

“Kerajaan mengambil tanggungjawab untuk memastikan Kedah bebas judi dibawah bidang kuasa PBT, kita memutuskan untuk tiada lagi memberi sebarang kelulusan lesen premis perjudian,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap pada sidang media secara dalam talian selepas membentangkan Bajet Kedah 2022 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pagi tadi.

Sementara itu, menurutnya bagi penjualan arak secara terbuka, kerajaan negeri juga telah mengambil keputusan untuk menghadkan penjualan minuman keras disemua PBT.

“Di kawasan PBT yang tiada permintaan khususnya di luar bandar premis jualan minuman keras juga akan dihadkan.

“Kita juga telah berbincang tentang kedai bebas cukai dan premis yang tiada lesen menjual minuman keras di Langkawi dengan berharap tiada lagi menjual arak secara terbuka agar menjamin akal fikiran rakyat sentiasa waras,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here