Kemenangan di Melaka bukti BN masih diterima

0
31
BN berjaya memenangi sebanyak 21 daripada 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini

MELAKA – Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan parti itu masih diterima oleh rakyat.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, kemenangan itu juga merupakan keyakinan rakyat kepada BN untuk mentadbir negeri itu.

“Wanita UMNO menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi Melaka dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian PRN Melaka pada hari ini.

“Lebih manis adalah kepada pengundi yang telah memberikan kemenangan yang besar dan bergaya kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Lebih manis apabila kesemua empat calon wanita BN berjaya memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Dalam pada itu, Norshida berkata, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada jentera BN di pelbagai peringkat.

“Tidak lupa juga kepada petugas dan penguatkuasa keselamatan yang memastikan bahawa kesemua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab dengan aman dan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here