Kenapa saya pilih pendidikan montessori berbanding konventional

0
67
Hilmi Ismail bersama dua anaknya, Naurah Adini dan Harun Adini.

CYBERJAYA – Selain kaedah pendidikan montessori yang menitik beratkan penguasaan individual anak-anak, kekuatan teras pada pendidikan Brainy Bunch adalah dalam penerapan ajaran Islam dan pendidikan dalam Bahasa Inggeris.

Kemampuan untuk murid-murid menguasai ilmu dunia dan akhirat pada usia yang masih muda menjadi tarikan ibu bapa memilih institusi itu sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Pengalaman melihat sendiri perubahan positif dua orang anak yang mempunyai keperibadian berbeza membuatkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Malakat Eco, Hilmi Ismail tampil berkongsi mengapa beliau memilih Brainy Bunch.

“Saya melihat perubahan yang ketara dalam tempoh yang singkat pada kedua-dua anak saya selepas masuk belajar di Brainy Bunch.

“Saya tidak rasa kaedah pendidikan konventional mampu membentuk tingkah laku anak saya terutama anak lelaki, Harun Adini, 3, yang minatnya lebih kepada benda-benda kreatif.

“Sedangkan kakaknya, Naurah Adini, 6, pula mempunyai karakter yang lebih kepada pembacaan dan menghafal,” katanya pada sesi Live Kenapa Saya Hantar Anak Ke Tadika Montessori pagi tadi.

Naurah Adini, yang akan memasuki elementary school tahun depan.

Menurut Hilmi, sifat Harun yang lebih meminati aktiviti-aktiviti kreatif menyebabkannya sukar untuk memberi fokus kepada kaedah pembelajaran biasa seperti menghafal dan membaca.

Bagaimanapun katanya, di Brainy Bunch, anaknya dibantu oleh guru-guru yang juga bertindak sebagai fasilitator dan pakar dalam mengenal pasti sikap murid-murid.

Katanya, perkembangan yang sama juga dilihat pada Naurah yang semakin matang dan mampu berdikari sehingga boleh meluangkan masa mengajar adiknya membaca Al-Quran.

“Pada saya, proses pengajaran dan pembelajaran di Brainy Bunch sangat menarik dengan memberikan lebih banyak penekanan kepada motivasi diri dan tunjuk ajar untuk mereka mampu hidup berdikari

“Dalam pendidikan Brainy Bunch, ada 7 asas yang diutamakan iaitu membaca, menulis, mengira, menghafaz, mengajar, menaakul dan berdikari.,” katanya.

Justeru katanya, pendidikan montessori dapat membentuk persediaan yang penting kepada anak-anak dalam menghadapi masa depan yang sangat mencabar,

“Antara penekanan yang diberikan kepada pelajar adalah ‘BIG WHY’ yang memupuk semangat ingin tahu dalam diri pelajar.

“Begitu juga dengan konsep percampuran pelajar berbeza usia yang memberi pendedahan positif kepada murid yang lebih mudanya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here