
CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan memaklumkan semakan mengenai keputusan Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) akan diumumkan pada 6 Disember ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengumuman awal itu akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membuat persiapan awal.
“Di hujung penggal persekolahan ini kami dapati ramai guru-guru yang memohon pertukaran melalui e-GTukar dan bertanya bilakah keputusan ini akan dilakukan.
“Untuk makluman kita akan umum pada 6 Disember 2021 dan ini akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan sewajarnya,” katanya dalam satu hantaran video dalam laman Facebooknya sebentar tadi.