Keputusan sekatan penjualan arak diumum Khamis ini

0
21
Shahidan Kassim

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman berhubung sekatan penjualan arak pada Khamis ini di Parlimen.

Memetik laporan Sinar Harian, Shahidan menjelaskan, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.

“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.

“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.

“Matlamat kami adalah untuk mengekang keboleh capaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here