Kerajaan buat U-turn, benarkan jenama arak Timah dikekalkan

0
279
Datuk Seri Wee Ka Siong

CYBERJAYA – Kontroversi berhubung jenama arak tempatan, Timah terus berlarutan apabila kerajaan dilaporkan membenarkan nama minuman keras itu dikekalkan meskipun syarikat itu bersetuju untuk menukar nama lain sebelum ini.

Perkara itu diputuskan oleh Kabinet dan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini.

Dalam kenyataan media berbahasa Cina di laman Facebooknya hari ini, Ka Siong berkata, kontroversi penggunaan nama Timah pada minuman keras itu telah diselesaikan oleh Kabinet baru-baru ini.

“Dalam beberapa mesyuarat Kabinet baru-baru ini, anggota jemaah menteri membincangkan perkembangan terkini isu Timah.

“Saya gembira insiden ini berjaya diselesaikan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Timah tidak perlu menukar namanya. Pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul (nama) Timah. Maksud asal Timah merujuk kepada bijih timah – yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Sebelum Ka Siong, media turut melaporkan kenyataan sama daripada Nanta Linggi yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beberapa mingu lalu Alexander berkata syarikat pengeluar arak itu bersetuju untuk menukar nama minuman keras itu selepas mendapat bantahan keras daripada majoriti umat Islam.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan nama arak itu sambil memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah.

Katanya, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana ‘Timah’ ialah singkatan daripada nama Fatimah iaitu puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here