Kerja baik pulih tanah runtuh di Seputeh mesti dilakukan segera

0
26
Jalaludin (berbaju-t putih) ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian, semalam.

CYBERJAYA – Kerja baik pulih kejadian tanah runtuh bersebelahan flat Blok 4, Taman Kuchai Entrepreneurs di Seputeh, mesti dilakukan segera, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Beliau berkata demikian dalam satu paparan di akaun Facebooknya.

Semalam, beliau dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima mesej WhatsApp mengenai isu itu ketika berada di Parlimen.

“Dengan keadaan hujan lebat sebelah petang, risiko akan bertambah tinggi.

“Struktur tanah yang lembut dan tidak stabil boleh bawa bencana lebih besar,” jelas Jalaludin dalam paparan itu.

Berdasarkan pemerhatian beliau, keluasan tapak tanah runtuh tersebut menjangkau selebar kira-kira 3.7 meter dengan panjang pula enam meter serta jarak kedalaman sehingga 4.6 meter.

“Soal keselamatan dan nyawa rakyat tidak boleh dikompromi, malah kita harus memastikan isu berkenaan menjadi keutamaan dalam setiap tugasan harian bersama,” tegas Jalaluddin.

Beliau turut mengakui agak terkejut apabila melihat sendiri keadaan tanah runtuh sehingga membentuk lubang besar yang cukup teruk dan berisiko tinggi kepada penduduk sekitarnya.

Buat masa ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang tali pita amaran serta meletakkan penghadang di sekeliling tanah runtuh untuk mengelak orang awam daripada cuba melaluinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here