
CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu meningkat kepada 6,144 kes berbanding 5,755 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,608,979 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan di muat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam.
Sementara itu, sebanyak 37 kes kematian akibat wabak itu direkodkan semalam yang mana 9 daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).
Terengganu menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu tujuh orang.
Ia diikuti dengan Negeri Sembilan (5), Sabah (5), Kelantan (4), Selangor (4), Johor (3), Perak (3), Kedah (2), Pahang (2), Sarawak (1) dan Kuala Lumpur (1).
Setakat semalam, terdapat 69,261 kes aktif Covid-19, meningkat 3.7 peratus daripada 66,795 jangkitan aktif seminggu lalu.