Kes Covid meningkat dengan 6,323 kes

0
32
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 6,323 kes positif Covid baharu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 2 minggu lalu.

Semalam sebanyak 6,243 kes dilaporkan, peningkatan yang agak ketara daripada 4,343 kes pada 7 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes negara meningkat kepada 2,528,821 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Secara keseluruhan, bacaan R-naught atau nilai keboleh jangkitan bagi kes baharu Covid-19 turut mencatakan sedikit kenaikan.

Sementara itu, seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here