Kes harian Covid-19 naik, 5,594 kes dicatatkan hari ini

0
29
Penduduk sedang melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan komuniti percuma anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Malaysia meningkat hari ini kepada 5,594 ker berbanding 4,885 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,597,080.

“Pada 23 November 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 5,594 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,597,080 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya da;am kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Berdasarkan pemerhatian, sejak seminggu lalu, kadar jangkitan harian berkisar pada jumlah yang sama iaitu menurun, kemudian naik dan berulang-berulang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here