Kes Zulfarhan: Enam penuntut dipenjara 18 tahun

0
812

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mereka didapati bersalah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Mereka berenam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi pada 22 Mei 2017 yang didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Sementara itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap enam mereka kecuali Mohamad Shobirin yang turut didapati bersalah bersama 12 lagi tertuduh, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Tertuduh lain adalah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Pendakwaan bagi kes itu dibuat mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here