Kesal dipolitikkan, Najib tolak tawaran hartanah bernilai RM100 juta

0
115
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar hari ini.

MELAKA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil keputusan untuk menolak tawaran peruntukan hartanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya walaupun secara prinsipnya layak mendapatnya berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

Menurut bekas Perdana Menteri keenam itu, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik Covid-19.

“Jika rakyat tidak selesa, saya sudah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.

“Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2013,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.

Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selsa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.

“Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya. Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut kesal apabila dirinya dijadikan modal politik oleh parti lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya itu.

“Saya tidak faham kenapa ianya dijadikan propaganda utama PRN Melaka mereka sedangkan ini adalah permohonan tahun 2018 dan saya bukan calon di Melaka ataupun Presiden UMNO mahupun Pengerusi BN.

“Sebaliknya pihak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) perlu jelaskan apa yang mereka mampu lakukan untuk pulihkan dan membangunkan Melaka yang sangat terjejas selepas PRU-14.

“Bukan hanya serang Najib. Menghasut untuk membenci saya tidak bawa apa-apa faedah pada warga Melaka pun,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here