Ketua Menteri Melaka mengadap TYT serah cadangan nama Exco baharu

0
23

Pertemua Sulaiman Ali dengan Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka. Foto FB Sulaiman Md Ali

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka.

Sulaiman berkata, pertemuan sebelah pagi itu bertujuan menyerahkan nama-nama calon Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) yang dicadangkan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka yang baharu.

“Pagi ini saya mengadakan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Melaka.

“Pertemuan pada pagi ini adalah bagi memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun mengenai nama calon ADUN yang dicadangkan dilantik sebagai EXCO Melaka yang baharu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Difahamkan, pengumuman nama-nama EXCO baharu itu akan diumumkan dalam satu sidang media pada jam 11.30 pagi ini.

Manakala, majlis angkat sumpah Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli EXCO negeri akan diadakan pada jam 2.30 petang di Dewan Seri Negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here