Kewujudan undang-undang anti-lompat parti perlu disegerakan

0
15
KHAIDIRAH ABU ZAHAR

MELAKA – Penggubalan undang-undang anti-lompat parti, tidak kira sama ada di peringkat nasional mahupun negeri, perlu disegerakan bagi menjamin kemakmuran politik.

Calon BN DUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, sebagai ahli akar umbi parti yang juga menduduki kerusi pucuk pimpinan, beliau menyokong penuh keputusan mewujudkan undang-undang sedemikian.

“Undang-ini agak hangat diperkatakan sekarang di peringkat atas dan di bawah.

“Saya menyokong penuh penggubalannya, lagi cepat lagi bagus,” katanya ketika bertemu pihak media, hari ini.

Khaidirah yang mesra dipanggil Dira menjelaskan, amalan sedemikian walaupun dilabel sebagai berprinsip dan kononnya ‘menguntungkan rakyat’, hakikatnya ia memudaratkan kesejahteraan negara, dan membantutkan proses membantu rakyat kerana segala apa yang telah dirancang gagal dilaksanakan.

Sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Dira, dia telah turut menandatangani surat akujanji dengan parti yang mana sebarang pelanggaran perjanjian itu, termasuk melompat parti, akan dikenakan denda yang tinggi.

“Ini adalah bagi mengelakkan perkara yang sama (lompat parti) daripada berulang.

“Ingat, apa yang perlaku di Melaka sekarang adalah akibat ketiadaan undang-undang sedemikian. Sekarang kita kena hadap PRN lagi,” jelas Dira.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan mengumumkan, sekiranya diberi mandat memerintah Melaka selepas 20 Nov nanti, BN akan mengusulkan pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Melaka bagi memperkenalkan Enakmen Anti-Lompat Parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here