Kimma turun padang bantu calon parti komponen berkempen

0
32

MELAKA – Walaupun tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut turun padang berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan pengundi India Muslim.

Kata presidennya, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, komuniti India Muslim yang rata-rata terlibat dalam dunia perniagaan sejak dahulu lagi menyokong kerajaan BN yang sudah terbukti berjaya mewujudkan kestabilan politik.

Bagaimanapun, sejak pertukaran kerajaan pada 2018, beliau berkata situasi bertukar menjadi ‘caca marba’ hinggakan memberi implikasi buruk kepada ekonomi rakyat dan negara.

“Lihat sekarang, siapa sebenarnya kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat jika bukan BN?

“Yang penting negara ini aman dan stabil bukan sekejap-sekejap tukar kerajaan, kemaruk kuasa dan lompat-lompat sejak tiga tahun ini,” kata Syed Ibrahim.

Beliau menambah, kestabilan politik dapat mewujudkan suasana yang aman, dan perniagaan dapat dijalankan dengan selesa dan stabil.

“Dalam 60 tahun lebih (BN) memerintah, semuanya tenang.

“Ini dalam tempoh tiga tahun berapa kali tukar kerajaan. Cukuplah, rakyat (sudah) muak,” tambah Syed Ibrahim lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here