Kit kendiri Covid-19 dijual serendah RM6.60 di pasaran

0
50
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kit ujian kendiri Covid-19 yang menjadi keperluan bagi setiap keluarga kini boleh didapati pada harga serendah RM6.90 di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan semalam berkata, penjualan kit berkenaan yang kini boleh didapati di pasar raya, stesen minyak dan kedai serbaneka akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat.

“Kami dimaklumkan bahawa kit ujian kendiri itu ditawarkan pada harga berbeza-beza serendah RM6.90 setiap satu.

“Sementara KK Supermart pula menjualnya pada harga serendah RM6.60 setiap satu,” katanya yang menganggap persaingan di pasaran terbuka itu sebagai berita baik untuk pengguna di negara ini.

Alexander Nanta Linggi

Sebelum ini, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid mengumumkan kerajaan tidak perlu menentukan harga maksimum atau minimum kit ujian itu kerana dijual pada harga bawah RM10 seunit.

Alexander berkata, usaha kerajaan untuk membenarkan penjualan alat tersebut di pasaran yang lebih luas akan membantu menurunkan harga kerana ketersediaan stok yang banyak.

Selain itu katanya, penjualan tanpa kawalan harga itu akan menggalakkan persaingan yang lebih menguntungkan pengguna di dalam sektor peruncitan.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga maksimum untuk kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM19.90 seunit (runcit) dan RM16.00 setiap unit (borong) berkuatkuasa 5 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here