KJ tinjau kapasiti hospital dan kenal pasti punca kes tinggi di Kelantan

0
93
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengadakan lawatan ke Kelantan hari ini untuk kenal pasti punca negeri itu sering catat kadar positif tertinggi di Malaysia.

Khairy dalam ciapan di laman Twitternya berkata, lawatan sehari itu juga bagi melakukan semakan kapasiti hospital di negeri tersebut bagi menampung pesakit Covid-19.

“Lawatan sehari ke Kelantan untuk menyemak kapasiti hospital dan mendalami mengapa ia sering mempunyai kadar positif tertinggi di negara ini.

“Vaksinasi lengkap dewasa pada 80 peratus, tetapi Kelantan mengatakan jumlah itu tidak tepat kerana ramai penduduknya berhijrah meninggalkan negeri berkenaan dan tidak ramai lagi yang perlu divaksin,” katanya.

Terdahulu, menurut data yang dikongsi portal Covidnow, populasi dewasa lengkap menerima dua dos vaksin di Kelantan kini ialah 79.5 peratus setakat 4 November 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here