KL City benam JDT, tamatkan penantian 32 tahun Piala Malaysia

0
93
KL City berjaya menewaskan JDT 2-0 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi

KUALA LUMPUR – Dua jaringan di separuh masa kedua oleh pasukan Kuala Lumpur City FC ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menamatkan penantian selama 32 tahun pasukan ibu kota itu dalam pertandingan Piala Malaysia sebentar tadi.

Dua gol oleh KL City FC itu dijaringkan oleh pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66.

KL City FC kemudian menggandakan kedudukan 2-0 menerusi kapten pasukan Paulo Josue pada minit ke-74.

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here