Lelaki warga emas suspek tikam kanak-kanak diberkas

0
147
bunuh pisau
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas yang dipercayai menikam seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di Taman Permainan Rumah Pangsa Jalan Loke Yew di sini pada Ahad ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 5.39 petang dan tiba di lokasi pada pukul 5.49 petang.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu telah dibawa oleh keluarga ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dipercayai ditikam di perut dan paha,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, suspek berumur lingkungan 80-an yang menyembunyikan diri di salah sebuah unit rumah pangsa tersebut berjaya ditahan.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here