Mahkamah tolak cabaran pembubaran DUN Melaka oleh Adly

0
22
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahmakah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari bagi mencabar keputusan pembubaran Dewan Undangan (DUN) Melaka.

Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan bahawa keputusan pembubaran DUN yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Mohd Ali Rustam tidak boleh dicabar dan dipertikaikan di mahkamah.

“Pembubaran oleh badan perundangan tidak boleh dipertikai. Ini juga sebab mengapa permohonan semakan kehakiman tidak boleh dilakukan,” katanya.

Adly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil pada 22 Oktober lalu mencabar pembubaran yang diumumkan TYT Melaka atas nasihat bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali melalui semakan kehakiman.

Dalam semakan itu, beliau menamakan Sulaiman dan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof sebagai responden pertama dan kedua.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan TYT pula dinamakan sebagai responden ketiga dan keempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here