Majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan di adakan di Melaka sehingga 27 November

0
14
Gambar Hiasan

MELAKA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka menegaskan segala majlis rasmi kerajaan dan juga swasta tidak dibenarkan diadakan di negeri itu bermula 4 November lalu sehingga 27 November depan.

MKN Negeri Melaka dalam kenyataannya berkata, semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya turut dilarang bermula 25 Oktober lalu hingga 27 November ini.

“Turut tidak dibenarkan adalah sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai ke suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan terhadap arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata agensi itu, mesyuarat parti di Melaka dibenarkan bagi individu yang lengkap divaksin tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan pematuhan penjarakan fizikal.

“Sidang media selepas mesyuarat parti juga dibenarkan dengan pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu, susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepemimpinan ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here