[VIDEO] Malakat Mall ke Indonesia tahun hadapan

0
247
SYARAFF AL SADAT

KUALA LUMPUR – Kumpulan Malakat Eco akan membawa jenama pasar raya Malakat Mall ke pasaran Indonesia pada tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Syaraff Al Sadat, pembukaan Malakat Mall itu akan dilaksanakan setelah pasukan teknikal selesai menjalankan kajian pasaran.

Malakat Mall ke Indonesia tahun hadapan

“Dengan kerjasama baik dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, kita bercadang untuk membuka satu ‘pilot’ Malakat Mall di Indonesia.

“Lokasi yang dicadangkan adalah di Bandung,” kata Syaraff Al Sadat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dan penerimaan suratcara perniagaan di antara 15 syarikat Malaysia dengan Indonesia di Kedutaan Republik Indonesia di sini, hari ini.

Syaraff menandatangani dokumen rasmi sambil disaksikan Duta Besar Indonesia, Hermono, di Kedutaan Republik Indonesia, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Syaraff Al Sadat menambah, pihaknya telah dimaklumkan oleh kedutaan bahawa terdapat 5 buah mall di Bandung yang terpaksa ditutup ketika musim pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Ini merupakan kriteria utama yang kami lihat dalam mecari tapak jenama Malakat Mall, kita ‘hidupkan’ kembali (lokasi yang ditutup),” kata Syaraff Al Sadat.

Ketika ditanya mengenai sistem ekonomi Muslim yang diperjuangkan oleh Kumpulan Malakat Eco, Syaraff Al Sadat berkata, strategi Malakat Eco Group tetap sama iaitu jual beli sesama kita dan membantu sesama kita.

“Formula pembangunan ekosistem ekonomi Islam yang kami yakini (ini) akan membawa semua ahli masyarakat Islam dan golongan beretika keluar dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here