Malakat Mall tawar baucar tunai kepada Ahli Kelab Malakat ECO VIP

0
41
Kad keahlian Kelab Malakat ECO VIP

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall memperkenalkan kad keahlian Kelab Malakat ECO VIP yang memberikan pelbagai kelebihan istimewa termasuk baucar tunai kepada pelanggan.

Menurut Malakat Mall dalam satu kenyataan, pelanggan boleh memilih salah satu daripada tiga jenis kad keahlian yang ditawarkan bagi menikmati keistimewaan yang disediakan.

“Sempena Kempen Gandakan Kuasamu, nikmatilah pelbagai keistimewaan eksklusif dengan mendaftar sebagai Ahli Kelab Malakat Eco VIP kami sekarang.

“Untuk kad Platinum yuran keahlian adalah sebanyak RM1,250. Kelebihan yang dinikmati ahli kelab ialah mendapat baucar tunai RM2,400 untuk digunakan sebanyak RM200 setiap bulan dan boleh mennikmati promosi esklusif VIP di semua outlet di bawah Malakat Eco.

“Untuk kad Gold pula, yuran keahlian ialah sebanyak RM650 dan setiap ahli akan menerima baucar tunai sebanyak RM1,200 untuk digunakan sebanyak RM100 setiap bulan. Pada masa sama, mereka juga boleh meNikmati promosi esklusif VIP di semua outlet di bawah Malakat Eco,” katanya.

Selain itu, katanya, bagi keahlian kad Silver pula, yuran dikenakan ialah RM350 dan pelanggan akan menerima baucar tunai RM600.

Katanya, untuk pendaftaran orang ramai boleh melayari pautan club.malakateco.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here